Awak, student!? Penat ke belajar hari-hari tapi poket asyik kosong? Teringin nak makan sedap, beli baju baru, atau join kawan pergi jalan-jalan, tapi duit tak cukup? Bosannya! Tapi jangan risau, aku ada cerita menarik untuk awak – macam mana nak cari duit sendiri walaupun kau masih student.
Tak payah jadi robot yang kerja tak berhenti atau minta duit mak bapak je. Saya akan kongsikan cara nak dapat duit untuk student yang senang, kreatif, dan yang penting – kau boleh buat sambil belajar!
Bayangkan hidup kau jadi lebih seronok – ada duit lebih untuk beli apa yang kau suka atau ada sedikit simpanan untuk masa depan jadi tak payah terlalu mengharapkan duit poket mingguan yang kadang-kadang tak sampai hujung bulan pun.
Nak tahu rahsianya? Jom, kita selami satu per satu idea yang bukan sahaja praktikal tapi juga buat kau rasa macam bos sendiri!

1. Jual Barang yang Kau Tak Pakai Lagi – Harta Karun Dalam Almari!
Kau pernah tak tengok dalam almari atau bilik kau, penuh dengan barang yang dah tak guna? Baju yang kau pakai masa Form 3 tapi sekarang tak muat, buku nota lama, atau gadget atau permainan yang kau dah upgrade – semua tu boleh jadi duit tau!
Salah satu cara nak dapat duit untuk student ialah jual barang terpakai seperti ni. Platform macam Shopee, Carousell, atau grup WhatsApp kawan-kawan boleh jadi tempat kau start.
Contohnya, Afiq, jual koleksi kasut lama dia yang dah tak pakai. Dia letak harga yang agak bagus, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, asalkan dapat dijual dengan cepat itu matlamatnya.. jadi dia biasanya akan ambil gambar yang agak lawa dari pelbagai sudut, pastu promote kat Facebook Marketplace.
Dalam masa beberapa jam atau hari je, dia dapat RM150! Tak banyak, tapi cukup lah untuk beli kredit game kegemaran dia. Kau pun boleh cuba – tengok apa yang ada kat rumah, jual, dan voilà, duit masuk! Ini lebih berguna dari membiarkan barangan tu jadi buruk!

Extra tips: Boleh dapatkan produk harga borang di platform ecom lain seperti Tabao, Aliexpress atau Alibaba! Seterusnya menjual produk itu secara one on one, borong atau guna Facebook Marketplace atau Mudah.my. Kaedah ini juga boleh digunakan di pelbagai platform ecom dan pemasaran lain.
Modal Shopee di atas adalah sesuai bagi mereka yang baru berkencimpung dalam dunia ecommerce (ecom) untuk memguasai asas dan juga teknik advanced dalam bisnes jual beli online ini!
Tidak mustahil boleh digunakan di platform ecom atau pemasaran lain pula!
Dapatkan Rahsia Bisnes Shopee di sini sekarang!
2. Jadi Freelancer – Guna Skill Yang Ada!
Student zaman sekarang adalah zaman yang hebat untuk jana income sampingan (atau income utama!?)
Mungkin anda pandai edit video, buat design poster, tulis karangan power, atau ajar orang main game. Kalau kau ada skill macam ni, jangan simpan je – jual! Banyak website macam Fiverr, Upwork, atau grup Facebook freelance yang boleh kau join untuk cari pelanggan.
Taktiknya, kena rajin untuk posting servis yang kau ada di marketplace / platform macam ni, atau email sebanyak mungkin orang yang kau rasa berpotensi untuk gunakan servis yang kau ada.
Untuk permulaan mungkin kau boleh gunakan Google Maps atau Yellow Pages untuk hubungi mereka dengan emel, telefon atau Whatsapp.

Mira, seorang yang pandai buat doodle comel. Dia start jual servis lukis doodle untuk kad hari jadi atau assignment kawan-kawan dia. Bayaran dia RM10-RM30 satu gambar, bergantung pada kerumitan. Dalam sebulan, dia boleh dapat RM200-RM300 tambahan. Bayangkan, sambil lepak kat kolej, dia lukis je, pastu duit masuk. Ini lah cara nak dapat duit untuk student yang santai tapi berkesan!
Kau tak ada skill? Sekarang banyak kursus percuma yang boleh didapati di internet, paling mudah sekali adalah di Youtube! Contohnya, belajar Canva untuk buat design simple atau tengok tutorial edit video guna telefon. Lepas tu, promote kat media sosial. Orang sekarang suka bayar untuk kerja kreatif, so jangan malu nak cuba!

Tips Extra:
Sekarang untuk buat grafik yang bagus dengan mudah dengan bantuan AI. Banyak kerja yang sukar dapat dibuatkan dalam masa yang singkat dengan menggunakan tools seperti Adcreative.AI untuk mencipta content kreatif pengiklanan untuk Facebook post, short atau reels video, produk showcase dan pelbanyak lagi fungsi menarik.
3. Jadi Tutor Part-Time – Ajar Apa yang Kau Pandai
Kau terror Matematik? Bahasa Inggeris kau power? Atau kau pakar main gitar? Gunakan kelebihan kau untuk ajar orang lain! Banyak parents kat luar sana cari tutor untuk anak-anak diorang, dan kau sebagai student boleh ambil peluang ni. Tak perlu jadi cikgu bertauliah, asalkan kau faham subjek tu dan boleh ajar dengan cara senang faham.
Kisah Daniel, yang ajar Matematik untuk adik-adik tingkatan bawah. Dia cas RM15 sejam, seminggu dua kali je dia ajar. Dalam sebulan, dia dapat extra RM120 – cukup untuk langsaikan bil telefon dan makan KFC sekali sekala. Kalau kau tak tahu nak cari student, tanya jiran-jiran atau promote kat media sosial. Senang je!

4. Join Gig Economy – Hantar Makanan atau Jadi Runner
Kalau kau ada masa lapang dan suka bergerak, cuba join kerja macam Foodpanda, GrabFood, atau Lalamove. Hantar makanan atau barang guna basikal, motor, atau kereta (kalau kau ada lesen lah). Benda ni fleksibel – kau pilih masa kau nak kerja, tak ada bos yang marah kalau kau tak masuk hari tu.
Jadi macam Hafiz, buat kerja hantar makanan lepas kelas petang. Dia cakap, dalam 3-4 jam, dia boleh dapat RM30-RM50, bergantung pada order. Kalau rajin sikit, seminggu boleh cecah RM200! Memang penat sikit, tapi duit tu worth it untuk student yang nak extra income.


5. Buat Konten Media Sosial – Dari Hobi Jadi Duit
Kau suka buat video lawak kat TikTok? Atau snap gambar lawa kat Instagram? Jangan buang masa scroll je – buat konten dan cari duit dari situ! Bila kau dah ada ramai follower, boleh dapat duit dari sponsor atau iklan. Tak perlu jadi selebriti, cuma konsisten je.
Ada yang hanya start buat video review makanan murah kat kampus. Mula-mula untuk suka-suka je, tapi lepas 6 bulan, dia dah ada 5,000 follower. Sekarang, ada kedai makan sponsor dia untuk promote produk diorang. Bayaran dia dalam RM50-RM100 satu video – kecil, tapi untuk student, tu dah kira lumayan!

Bonus: Simpan dan Labur Sikit-sikit
Bila kau dah ada duit lebih dari beberapa cara nak dapat duit untuk student ni, janganlah habiskan semua. Simpan sikit, dan kalau boleh, belajar labur. Apps macam StashAway atau Wahed Invest boleh start dengan RM10 je. Bayangkan, duit kau boleh “bekerja” untuk kau walaupun kau tengah tidur!
Jika kau tidak ada disiplin untuk simpan duit dan labur, sampai bila pun kau akan bekerja untuk duit. Tetapi jika kau bijak kau boleh jadikan duit tu bekerja untuk kau!

Akhir Kata, Jadi Student Berdikari, Bukan Student Bergantung!
Jadi, macam mana? Dah teruja nak cuba salah satu cara nak dapat duit untuk student yang aku kongsikan? Cara ini takkan jadikan kau kaya dalam sehari, tapi dengan usaha sikit, kau boleh hidup lebih selesa tanpa stress pasal duit. Pilih je mana yang kau suka – jual barang, freelance, jadi tutor, atau buat konten – semua tu ada potensi!
Ingat, student life bukan sekadar belajar dan makan megi je. Kau boleh jadi lebih hebat dari tu – berdikari, cari duit sendiri, dan buktikan pada dunia yang kau tak main-main. Jom, start hari ni jugak, dan cerita kat aku nanti bila kau dah berjaya! Apa tunggu lagi? Poket kau tengah menjerit nak diisi ni!

Leave a Reply