Dilema dalam Keputusan

Apakah yang sepatutnya dilakukan bila kita buntu dalam membuat keputusan?

Ini akan menyebabkan kita akan berada-ada di tengah-tengah, antara keinginan sebenar dan terperangkap dalam situasi yang tidak begitu digemari.

Dalam realiti semasa, keadaan yang dihadapi setiap hari itu adakalanya menenangkan tetapi pada masa yang sama hati jadi gundah gulana bila pemikiran tentang keinginan kita datang semula.

Jika terus berada di tempat yang sama, ia memberi jaminan tapi datang bersamanya adalah tekanan dan juga kesedihan, tetapi jika kita keluar dari keadaan tersebut, kita merasa takut untuk menghadapi sesuatu yang tidak pasti dan mungkin menghadapi kesukaran yang tidak biasa.

Itulah dilema dalam keputusan.

Apa yang sepatutnya dilakukan jika bertembung dengan keadaan seperti ini?

Buat masa sekarang, kita hanya dapat melakukan apa yang kita perlu lakukan dan dapat dikawal. Dan apa yang berada di hari esok atau masa depan, iaitu perkara di luar kawalan kita, kita tetap usahakan dan berserah, bertawakal kepada Tuhan agar apa yang kita inginkan itu menjadi realiti.

Sentiasa untuk dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dengan pendekatan yang paling baik dan positif, mencari kegembiraan dan ketenangan walau di kala kita dalam rasa kekurangan.

Memang adakalanya kita kecundang jatuh dalam perasaan yang memedihkan, maka tiada apa yang dapat dilakukan selain kita mengubati diri sendiri dan angkat dari kejatuhan itu. Tiada siapa yang akan dapat mengangkat kita kembali melainkan diri sendiri.

Image: https://lexica.art/

Tetapi sebelum itu berlaku, adalah lebih baik kita elakkan sebolehnya.

Antaranya caranya adalah untuk kita keluar dari rutin yang biasa kita lakukan selalu.

Mungkin kita boleh pergi di suatu tempat yang jauh berbeza dari yang biasa kita pernah lawati, minum atau makan di kedai yang berlainan dari biasanya, melakukan aktiviti yang bagus yang tidak pernah kita lakukan atau sekadar menyendiri di tempat yang sepi dan menenangkan, atau membina hobi yang baru.

Ada 1001 cara untuk kita mengubah perasaan tentang apa yang kita belum dapat ubah sepenuhnya, kita hanya perlu berani mencuba dan keluar dari zon yang biasa kita hidup.

Dalam masa yang sama, kita terus berusaha dan berdoa akan dikeluarkan dari keadaan yang sukar bagi kita itu, bukan hanya berserah.

Perlu ada perancangan dan persediaan yang rapi bagi menghadapi keadaan baru yang kita inginkan, bukan hanya terjun dalam laut dalam tetapi tidak menyediakan pelampung keselamatan dan botnya.

Sememangnya, untuk mencapai sesuatu yang terbaik untuk diri kita, ia menuntut pengorbanan yang besar.

Tiada apa yang akan berubah jika tiada apa-apa yang berubah.

Image: https://lexica.art/

Jika kita terus bersedih atas keadaan semasa yang sukar kita hadapi sekarang, tetapi tiada apa-apa perancangan untuk mengubahnya, maka kesedihan itu tetap akan berada di situ dan tidak akan hilang.

Jadi sekarang kita sudah mengetahui, keadaan semasa bagaimana kita patut berdepan dengannya, dan pada masa sama usaha untuk mengubah takdir itu tetapi berjalan tanpa kenal erti lelah atau putus asa.

Itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan, dan sudah pasti, menurut fitrah ‘pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang meniupnya’, kita akan beroleh hasil samada dari segi ilmu, pengalaman dan hasil yang kita inginkan kerana usaha kita yang sedikit demi sedikit itu amatlah bernilai!

Berusahalah untuk terus menambah baik walaupun 1% dari semalam, kerana jika secara berterusan, pada tahun akan datang akan dapat mengubah 365% dari tahun sebelumnya.

Salam semangat juang untuk semua!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *